Hati & Perasaan !!

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang
salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untukkita.

 
Kawan
yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah ‘ia’ datang.
 
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan
harapkan
cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati
mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda.
 
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati
pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk
menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
 
Jangan
pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan
anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram.
 
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehinggaanda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengansebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke
mana-mana
yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang
cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah
seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
 
Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasutseseorang.Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak
kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah
mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yangtelah menyentuh hidup mereka.
 
Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang
cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda
dilahirkan,
anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup
anda supaya apabila anda mati nanti, andalah
yang kan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda
peringatan anda pada mereka….

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.