Tipah Tertipu ?

June 13th, 2006 by fendora

hmmm … sangap punyer pasal … me n my bro + kalot … pergi la ker OU utk menontong tipah tertipu … incek kalot mengambil daku di stesen tmn bahagia … tapi tatkala didlam tren LRT … ade seorang chinese girl … meracau dalam tren so tren tergendala buat sementara waktu … p/s : kepada rakan2 ku yang jiwakacau … mintak2 jangan la jadi mcm aweq tu ek …

apakah kandungan tipah tertipu ? nengok la sendiri .. wakakakkakakaka lepas tgk mobie .. jen jalan hanging around kat kedai kasut .. my bro ingin membeli kasut … semasa membeli kasut .. ada la jugak tragedi yang berlaku .. tapi malas nak cite .. kang cite kang .. nyesal x sudah .. biar la ianya menjadi rahsia kami ber3

makan2 .. pastu beredar dari OU … jalan JAM nak mampus + hujan lebat …. nasib baik incek kalot drive …. lega kaki eden …  ujan semakin lebat + bertambah lebat … maka .. incek kalot mengalami masalah untuk memandu … tetapi …. perjalanan harus diteruskan kalau x nanti delay plak perjalanan to desa pandan ….. pilot bertukar … maka perjalanan berjalan dengan lancar …

drop my bro @ home .. then ke desa pandan … utk meneruskan sesi luahan perasaan dengan rakan2 yang lain …. borak2 + makan2 .. maka incek kalot menghantar ku pulang ….

hmm … rase nye panjang lagi cite .. x larat nak pk + taip dah .. itu jerk la kut … cau cen dol ….

.:: Took My Bro @ LCCT ::.

June 11th, 2006 by fendora

hmm … at last after 3 month he`s at Junaco Park,Sibu Sarawak .. Having his National Service Programme … he came back to Semenanjung and to beloved family …. Im quite tired driving to LCCT might be i done have enough sleep last nite …. im hepi .. because my family is back complete again :) P1020576 after 3 months …

My Mum signing the form to take my bro @ LCCT
P1020573
My Bro






P1020566Wira & Wirawati Negara … tamat berjuang untuk tanah air … sian aweq tu siap berbalut injured tangan …

Just 4 Fun

June 9th, 2006 by fendora

untuk bacaan pada masa lapang…
enjoy…sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu…

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to
forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah…

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul
tapak tangan…kan?

semangkuk mi sup
ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa
dgn
family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka
stoking
tebal laaa…

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna
warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, ‘Ti Kam’.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek
kat luar skola tuh…

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom
kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa…

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar2 duduk…

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2
color
tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm…budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar ‘remaja’.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the
Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife
nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je
Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg
lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih…dan diorg skarang tak reti
nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone…

hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2,
nakal2 dulu…

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk
forwardkan
dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa…hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

Khas buat mereka yang nak kawin.. Yang dah kawin tu… pikir2 kalu nak kawin LAGI…

June 8th, 2006 by fendora

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan… . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.

Jadi ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah… untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book… . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi… . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus… . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan… .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book… later than that u might have a problem finding one… .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju aper… kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai… . dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.

Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih… kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal… . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos… . letak kacang samer kuaci sudah original beb… . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ader beb… kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald’s.

Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kerete

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer… Merc ke?… Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil… … sampai besok pun takleh masok!

Kos : RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band.
At least 6 mths mesti nak kener book.

Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi… tapi sekarang dah maju… diorang lagi kreatif… ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++

11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik owang selalu overlook… perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan…

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb… . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin… … . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal… . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer… .

Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai… macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.

Mengikut survey;
sekarang paling minimum RM6000.
Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak;
tapi dah boleh kira pakai jari tangan je.

Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. 

Sebab
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya… berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya… lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek… semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"

Haa… tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat… bank Islam… atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, ‘loan bini’,.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah… . dunia… dunia… "

Kelalaian & KeAlpaan Kita

June 7th, 2006 by fendora

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, yang bermaksud:
" Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah,
ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati."
(al-Ra’du: 28)

Lalai dari sudut pandang agama merupakan lawan kepada tafakkur. Dari
segi akhlak, setiap kali tafakkur dan perenungan yang tinggi, maka hal
itu akan menyebabkan ketinggian dan kesempurnaan manusia.
Sebaliknya kelalaian, betapapun kecilnya, ia pasti akan menjerumuskan
manusia. Ini berdasarkan kepada ungkapan al-Quran bahawa kelalaian
akan menjerumuskan manusia hingga ke tahap haiwan, bahkan lebih rendah
dari itu. Allah SWT berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi
tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar
(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A’raf: 179)
Bagi orang-orang yang hati mereka telah dikuasai oleh kelalaian,
mereka mempunyai mata namun mereka tidak melihat dengan mata itu,
mereka mempunyai telinga namun mereka tidak dapat mendengar dengan
telinganya, dan mereka mempunyai hati namun mereka tidak memahami
dengan hatinya, mereka itulah yang disifatkan menguasai cirri-ciri
sebagai binatang. Mereka juga digambarkan lebih sesat, lebih teruk
dari sifat-sifat binatang.

Kelalaian tidak lain merupakan sifat yang tercela. Pada ayat yang lain
Allah SWT berkata bahawa kelalaian boleh mengunci hati dan menutup
pendengaran dan penglihatan. Firman Nya:
"Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya
telah dikunci oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai."
(al-Nahl: 108)

Orang-orang yang lalai tidak mempunyai hati. Hati mereka seakan
terkunci. Mereka tidak mempunyai hati yang sedar, tidak mempunyai
pendengaran yang mampu mendengar dan tidak mempunyai penglihatan yang
mampu melihat. Sehingga akhirnya sifat kelalaian ini telah menjadikan
mereka jatuh ke darjat haiwan dan binatang.

Sifat kelalaian adalah lawan kepada sifat sedar dan prihatin diri.
Sifat kelalaian mendorong kepada kehilangan dunia dan lebih malang
lagi, kehilangan akhirat.

Wallahu’lam

Get Reply Application As Trainer

June 7th, 2006 by fendora
Hi Khairul,
 
Thank you for your interest in joining Global
Knowledge.
We would like to invite you for a discussion at 5pm
on Monday 5 June 2005.
Please prepare a short presention (15mins) as
though you are providing training to a group of participant (any topic
on system, networking or programming).
 
 
Brief Introduction of Global
Knowledge.
Global Knowledge is the world leading education
organization that specialise on IT & Management program. We are a Cisco
Learning Solution Partner (CLSP) and won the worldwide CLSP award of the year
(2005).
Our programs are deliver to the highest quality
training in the industry, with trainer whom are practitioners in the field and
proven in delivering training. We have complete labs and have authorised
training kits. Trainers have to go through strict testing before given
clearance to deliver training. Our mission are to transfer
real industrial & practical knowledge to our customers,  assist
them in their career by adding value, and continuosly provide world-class
services. Visit our website www.globalknowledge.com to learn more
about our programs.
 
Best Regards,
Eric Tay

:: Damn Fcuking Job Scam ::.

June 7th, 2006 by fendora

.Dear ############,

From the desk of

Paul Morton,LPR Marketing Sdn Bhd (282141-M).

Thank you for your application.

We are pleased to announce that your application is in fact a “match” to the “profile” of the types of positions which are available. I wish to interview you personally, which is why you are not being contacted by my secretary but by me in person.

As we are expanding our business here in Asia, we need Part Time & Full Time Dynamic & Resourceful Leaders to work in our - “WELLNESS - HUMAN RESOURCES DIVISION” - for the following departments:

•     Customer Care Services

•     Customer Care

•     Recruitment

•     Team Building & Management

•     Training & Coaching

(Approximately 1 out of 50 resumes are selected to meet us personally).

Our interview schedules (last approximately 1 hour) are as following:

- Wednesday 7thth June  at 8.30pm in evening.

- Thursday 8th June 11.00am in the morning or 12.30pm

Our head office is at Jalan Raja Chulan and above interviews will take place at one of our offices in Central KL areas and Due to huge responses we have had recently, the addresses will ONLY be disclosed to you when you SMS us back on our Office Mobile number confirming your interview slot with your FULL NAME. After the confirmation, do come in your smart business attire, 5-10 minutes prior to the meeting. You do not need to bring your resume as we already have your profile. Just bring a pen and paper, as you may have questions and you might also need to take some notes.

Office

Mobile
Number (for SMS Only) : 016 2149129

As you are specially short-listed from our list of candidates, we are definitely looking forward to meeting you personally so we can have a formal introduction of yourself and our company and knowing who we are working with in future.

We will be looking forward to meeting you.

Yours sincerely,

Paul Morton,

LPR Marketing Sdn Bhd.

P/S : Guys if u get this email …. dont try to believe that scammer .. if u dont believe me … u can try to see this http://soleilinaism.blogspot.com/2006/05/interview-hoax.html

acting sketsa @ tv1 ????

May 21st, 2006 by fendora

oh no ……. what im doing !!!!! i cant believe that im acting in sketsa with RTM documentary …… can u all imagine hows do i look like ? …. i cant imagine myself acting …… changing career ?? i dont think so .. maybe i just experiencing my life with acting profession ….. READY …. & ACTION …… Hope u all may give me a moral support for me to be a good actor …..

maybe this is for my part time ….. in life … i should try a lots of thing that i can do and i cant do rite ??? … so why not im trying to be a actor … which maybe … one day i can be a movie star !!!! wakakakakakakakakak so funny & poyo !!!! 

so …. guys out there !!! feel free to watch me …… stay tuned on ….

Programme : Documentary
Channel : TV1
Date : Every Friday
Time : 11.05 am

starting acting with sketsa for documentary … mana la tau .. ade rezeki .. bleh berlakon drama plak …. hehe ….

.:: Hepi Belated Birthday ::.

May 21st, 2006 by fendora

Happy birthday to me ….
Hepi Birthday to me ….
Hepi Birthday to fenris …..
Happy Birthday to fenris ……

Oh no … times keep going .. and now im already 23 years old …. am i old enough ???? i should be more matured now on … my new wish are kept secrets …. .anyway .. to friends who gave me a testimonial … thanks so much to you all that always remember me as ya frenz …….. i dont know what to type anymore .. so …. HEPI BELATED BIRTHDAY TO ME ( FENRIS ) !!!!!!!!

.:: Merdeka !!! ::.

May 6th, 2006 by fendora

At last …. aku berjaya menghabiskan final exam ku !!!!!! byk betul onak & cabaran yang ku tempuhi sepanjang minggu final exam nie …. x makan … x ckp tido … terlebih tido + pening … meja bersepah2 ngan buku+tutorial n etc nye ….

walaupun dah lepas sumer paper final exam … ade yg yakin score tu ada la .. tapi ada gak yang …… sakit otak pun ada gak terasa kalau nak memikirkan balik ape yang telah ku jawab dalam final exam …. i think i need to tell my parent hows da paper go ….

kengkawan lain pun lebih kurang gak laa mengeluh pasal paper … nak nak plak paper ACC arinie yang begitu x disangka² oleh kengkawan & student lain …. mmg x pernah kuar la soalan begitu rupa .. patut la soalan awal² di pancing ok jerk .. tgk² … soalan last mcm ~!@#$%$%^&**( aduhai .. x terkata mcm mana soalan tue ….

hanya mampu berdoa & berserah kepada Ilahi , moga² selamat …. apa-apa pun MERDEKA !!!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!!